pasal entry yang baru lepas nih, mintak maap la.. sebenarnya dah lama dah nak lepas geram.. tapi baru hari ni berkesempatan. bukan geram sebab apa pun, tapi geram sebab tak dapat lupa lagi si jejaka yang sorang nih. seksanya ya rabbi...
nak kata saya ni dah takda pedoman, insyaAllah dan alhamdulillah ada lagi. lagu2 tu kebetulan je tuh (aku pon tak paham makin banyak pulak 'lagu luahan hati' aku ni keluar sejak akhir2 nih). kalau ngko nak kawin pun, ngko kawin la.. aku sebenarnya mmg mengharapkan ngko kawin cepat, sbb apa? biar kita jelah yg tau sebab apa. sebenarnya bukan aku tak redha. aku redha+pasrah bagai.. tapi tu la, sampai ke hari ni wajah ngko terbayang2 di mata hati aku nih. puas aku cuba buang. mcm2 dah aku buat. solat hajat apa sume. tapi hari ni ko muncul balik dalam mimpi aku.
aku bukan nak jadi pemusnah 'rumah tangga' baru ngko. lagipun, aku knai 'bakal isteri' baru ngko tu.. walaupun aku tak knai rapat, dia kawan kepada kawan aku jugak. mulanya tak sangka jugak la, sebab ko penah citer kat aku dia kapel ngan sapa masa tu. manalah aku nak tau kot2 ko memang tengah ada hati pada dia kan, aku pon layankan aje.. jadi...aku harap ko bahagia dengan dia.. sebenarnya dah agak lama jugak aku mula 'menghidu' hubungan ngko dgn dia, dan aku rsa masa ngko mnyepikan diri selama 2 bln dlu pon mmg ko dh 'grab' dia. Tapi ko lupa aku, ko tinggalkan 1000 tanda tanya dalam diri aku. Sejak tu aku mula hilang respect kat ngko. dan aku juga sebenarnya nak hidup bahagia tanpa ngko dalam hidup aku.. itu je yg aku harapkan.. aku block ngko bkn kerana aku mmg nk block ngko, tapi kerana desakan keadaan. insyaAllah bila aku btul2 rasa hati dan jiwa aku dah kuat, aku unblock ngko balik... (mcm pelik plak guna "aku-ngko" ni kan..yela, aku pon bknnye reti nk bahasakan diri sbg "aku").
dan lagi 1 perkara.. SAYA BUKAN LIYANA YANG SAMA MACAM MASA AWAK TINGGALKAN SAYA DULU. setiap orang boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Dan saya percaya pada diri saya, saya sudah dan akan berubah kepada seorang yang lebih baik jika saya berjaya kuatkan hati dan iman saya. saya masih ingat, dulu saya pernah cakap pada awak.. "perubahan yang diminta bukan kerana seseorang, tetapi perubahan itu perlu lahir dari hati yang ikhlas." (lebih kurang camni la bunyinya). awak pernah salah faham maksud saya suatu ketika dulu, tapi saya senyapkan aje sebab apa yg awak faham tu betul jugak la.. dan yang paling penting adalah.. SAYA BERUBAH KERANA DIRI SAYA SENDIRI YANG INGIN BERUBAH, BUKAN KERANA ORANG LAIN....... kalau saya berubah kerana seseorang, nescaya perubahan saya takkan kekal lama. saya masih dalam proses mendidik hati. selagi hati saya belum terubat, selagi itulah saya ingin menjauhkan diri dari orang2 yang bersangkut-paut dengan awak. tak terlintas langsung di hati saya untuk memutuskan silaturrahim yang dah sedia terjalin, hanya kerana awak.
jadi........
aku nak stop cakap pasal ngko, walaupun mimpi2 yg aku nak cter ni sumenye berkaitan dgn ngko..
:)
~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~
P/S : perlu diingat.. saya ingin bercerita mengenai MIMPI, bukan DIA....
tak taulah nak cter bape kali pasal mimpi....
dulu saya penah post jugak pasal mimpi..
1 hari saya pernah bermimpi (ini adalah mimpi pertama saya mengenai dia)....
saya pernah bermimpi kekasih hati saya ketika itu 'ignore' saya.. buat tak peduli dengan saya, malah sudah berubah. lalu saya menceritakan kepada si dia, katanya : "ish..takdelah. insyaAllah tak. cukuplah %$& sorang je." oklah, takpelah kalau gitu. tapi jauh di sudut hati saya risau jika ia benar2 berlaku.
saya tak berapa ingat kalau saya ada bermimpi perkara lain mengenai dia..
tapi yang saya ingat.........
saat itu dia sudah menyepikan diri dari saya..
saya bermimpi dia buat 'surprise', tiba2 datang rumah saya dgn ahli keluarganya. dalam mimpi tu mmg dia menyepikan diri pun.
setelah sebulan saya minta dilepaskan..
sekali lagi saya bermimpi..
kali ini saya bertemu dengan ibunya di satu majlis kenduri perkahwinan. sebenarnya bukan ibunya. wajah lain, tapi membawa watak sebagai ibunya dalam mimpi saya itu. setelah mengecam saya, ibunya ada menyebut : "ye la..nak tolong pun tak boleh. sebab dia dah ada orang lain sekarang nih. dgn budak atas rumah kami. tengoklah mcmana."
sentap hati maakkkk nakkkkkk saat tersedar dari mimpi tuh...haha.
setelah agak lama saya tidak mengalami sebarang mimpi.. sejak akhir2 ini ada jugak la mimpi pasal kawan2. tapi petang tadi tiba2 saya bermimpi sekali lagi pasalnya. 2 mimpi pulak tuh, terus sambung tuhhh..
begini lah kisahnya mimpi saya itu...
mimpi 1 :
1 ptg saya tidur. sedar saja, saya keluar dari bilik.. ada tetamu! yaa..tetamu itu adalah ibu bapanya, dia dan psgnnya. terkejut bukan kepalang. apahal datang umah aku plak nih, siap bawak psgn dia plak tuh. saya tanya mak, mak cuma cakap mak tak tau. kalau mak tak tau, kenapa pulak la diorang ada kat umah ni sampai malam? dia tak berenggang dari pasangannya, tetapi wajah pasangannya tidak kelihatan dalam mimpi ini. malam itu, ayahnya siap mengimamkan solat maghrib, isya' serta solat hajat di rumah saya. (sbnrnya pnjg lagi, tapi melalut sgt sampai mandi sungai lah ape lah kat belakang umah ni sebelum solat hajat). -solat hajat adalah part yang terakhir, slps itu terus bersambung mimpi yg kedua. dan wajah ayahnya dalam mimpi ini, memang benar wajah ayahnya sendiri.
mimpi 2 :
yaa..mimpi terus bersambung.
sampai ke hari itu saya tidak tahu mengapa mereka datang ke rumah saya. tiba-tiba saya melihat ada jemputan kahwin di pesbuk. huiyyooo, dP gambar gerak2.. invitation card kat pesbuk pon gerak2.. haha. tapi siapakah yang berkahwin? tadaaa.. itulah mereka. sebenarnya bukan kad kahwin, tapi kad bertunang! erk..nk tunang jugak ker?? whatever lah, maybe dia dah tukar fikiran. tarikhnya adalah 20/2/2012 (mula la tu nak check kalendar :p). majlis kenduri kahwin pulak, dalam mimpi ni tak dinyatakan bila. walaupun saya mimpikan mereka, tapi wajahnya adalah orang yang berbeza. wajah dia benar muncul dalam mimpi yang pertama. manakala pasangannya pula tidak bertudung.
##
anda tahu tak apa yang saya sedang fikirkan sekarang nih?
ada 5 mimpi yang saya ceritakan di sini. 2 daripadanya adalah siang hari tadi. daripada 3 mimpi yang lalu, berapa banyak mimpi saya yang jadi kenyataan? daripada 3 mimpi itu, 2 daripadanya menjadi kenyataan. itulah benda yang saya takuti selama ini, saya bermimpi seterusnya ia memang benar berlaku dalam hidup saya. masih tertanya-tanya mimpi mana yang tidak jadi kenyataan? mimpi yg ke-2, yg 'surprise' tuh :). dan saya percaya ada lagi mimpi saya berkenaan dirinya. tapi semuanya jadi kenyataan.
anda percaya pada mimpi?
saya percaya pada mimpi.. saya tak kata semua mimpi boleh dipercayai. tapi berdasarkan mimpi2 saya tu, yang kita tak nak tu lah yang jadi kenyataan. yang kita nak, ia seolah-olah hanya mainan tidur kita saja. enak dibuai mimpi, tapi ia tak jadi kenyataan pun. ia hanya muncul di alam khayalan. kalau mimpi kita tu terlampau mengarut sangat pun, saya fikir itu cuma mainan tidur aje. tapi saya tak pernah terfikir mimpi saya mengarut. mungkin ia petunjuk buat saya.
sedar dari lena siang tadi, saya bertanya pada diri. "Ya Allah, kenapa Engkau wujudkan lagi 'kehidupannya' dalam mimpi-mimpi aku?" ini mungkin satu petunjuk (berdasarkan mimpi yg terbaru), dan saya mengharapkan inilah mimpi saya yang terakhir tentang dia. cukuplah. jika dia bukan jodoh yang ditetapkan buat aku, kenapa wajah dia sering terbayang-bayang di mata hatiku ini? mungkin Allah saja nak 'inform' saya yang diorang bakal berkahwin tak lama lagi? alhamdulillah saya ucapkan. lagipun, memang ada dengar2 dah nak kahwin dah pun.
apa yang saya tahu..sekarang ni.. saya juga inginkan kebahagiaan tanpa dia di sisi saya.
Oh Tuhan..Tolonglah aku hapuskan rasa cintaku..
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia....
awak adalah sejarah saya. suatu hari nanti 'dia' adalah masa depan saya. walau siapa pun lelaki yang pernah muncul dalam hidup saya sebelum awak, awak tetap yang pertama bagi saya. mungkin itu antara punca sukar untuk saya lupakan awak. jika saya sudah berubah, tak mustahil awak juga berubah. jika saya katakan saya sudah lain daripada dulu, sudah pasti awak sudah tidak mengenali lagi siapa saya. jika saya tidak cukup baik untuk awak, awak juga tidak cukup baik untuk saya. walaupun awak yang pertama bagi saya, saya harapkan 'dia' adalah yang terakhir untuk saya. 'dia' yang masih tidak saya kenali, dan di mana keberadaannya ketika ini. rahsia Allah, saya hanya mampu menunggu saat itu. ameen ya rabb.
jika wanita cantik yg dicari, ia bukan saya..
jika wanita solehah yg dicari, ia bukan saya..
jika wanita ayu yg dicari, ia bukan saya..
jika wanita kaya yg dicari, ia bukan saya..
jika wanita berpurdah yg dicari, ia bukan saya..
tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing, ia adalah SAYA..