
dengan siapa pula? :)
dengan Rasulullah.. telahpun ku luahkan rasa rindu ketika sambutan maulidurrasul tempohari.
saat itu terasa sangat dekat di hati.. rindu dirasakan walau tidak pernah bersua.
tetapi sejak akhir-akhir ini, saya terasa seperti merindukan seseorang.
tetapi tidaklah saya kenali siapa gerangannya.
inilah pertama kali perasaan ini muncul..
aneh sekali rasanya. kerana tidak saya ketahui siapakah pemilik rindu ini.
normalkah seorang wanita mempunyai perasaan seperti ini?
pemilik rindu ini a.k.a pemilik tulang rusukku ini..
sungguh aku amat merindukanmu.
rindu yang amat mencengkam ini bukan lagi milik yang lain.
tetapi hanya untukmu..
hanya untukmu seorang....
sesungguhnya aku amat menantikan kehadiranmu dalam hidupku.
Ku punya rasa rindu
Tapi ku tak tahu siapa gerangan
Pemilik rindu yang berpanjangan
Sungguh aku rindu
Rindu yang amat mendalam
Rindu yang amat mencengkam
Tapi benar, aku buntu
Siapakah kau pemiliknya
Datanglah....
Tuntutlah...
Kerna sungguh, ia milikmu
Tiada yang lain, hanya dirimu..
Menitis air mataku
Menyimpan rasa rindu
Sungguh ku tak tega
Menyimpan lebih lama
Menahan..merana..
Atas restu Allah..
Ku berharap kau datang
Segera memiliki hak mu.
Menjadi penyelamat
Menjadi penawar
Rasa rindu ini....
aku tidak sempurna, sepertimana yang lain.
tetapi aku akan cuba untuk menjadi seorang yang sempurna di matamu.
siapakah dirimu?
aku menanti..menanti..dan terus menanti...
aku tak tahu siapa dia. siapa pemilik tulang rusukku, yang akan MELINDUNGIKU dan MENYAYANGIKU. tetapi aku hanya mampu berdoa, agar Tuhan selalu MENJAGANYA UNTUKKU dan MENYAMPAIKAN SALAM RINDU ku sehinggalah satu saat. Iaitu saat di mana aku akan dipertemukan dengannya. Ameen Ya Rabbal 'Alamin :)
aku tak tahu siapa dia. siapa pemilik tulang rusukku, yang akan MELINDUNGIKU dan MENYAYANGIKU. tetapi aku hanya mampu berdoa, agar Tuhan selalu MENJAGANYA UNTUKKU dan MENYAMPAIKAN SALAM RINDU ku sehinggalah satu saat. Iaitu saat di mana aku akan dipertemukan dengannya. Ameen Ya Rabbal 'Alamin :)











0 comments:
Post a Comment