

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Anak yang berusia 6 tahun ini telah pergi meninggalkan dunia pada pagi ini.
Anak ini telah disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic LymphoHistiocytosis) atau dengan kata lainnya Barah Darah. Anak ini telah dimasukkan ke hospital sejak 1 Februari 2012 yang lalu setelah terkena sawan otak.

Dikhabarkan anak ini terpaksa mengambil air tulang sum-sum demi berusaha untuk melihat Faris sihat. Anak ini hanya berusia 6 tahun, tetapi fizikalnya seperti kanak-kanak yang berusia 2-3 tahun sahaja. Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah buat anak ini. Al-Fatihah.....
P/S : turut sebak. ayah kepada anak ini adalah sepupu kepada abang ipar saya. semoga tabah menghadapi ujian ini.
P/S : turut sebak. ayah kepada anak ini adalah sepupu kepada abang ipar saya. semoga tabah menghadapi ujian ini.











0 comments:
Post a Comment