
Biar nafas menjadi lelah..
Ku pasti hijrah kerana Allah..
Biar kakiku terasa lemah..
Menyusuri kekasih-Mu ya Allah..
Hijrah mempunyai 2 maksud, iaitu :
i) Dari sudut fizikalnya, berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain.
ii) Dari sudut hatinya pula, berpindah dari hati yang kotor kepada hati yang lebih bersih. dari free hair kepada bertudung. dari tidak solat kepada menunaikan solat. dari seorang yang tidak redha dengan ketentuan-Nya kepada seorang yang redha serta tabah hatinya.
Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Cuba lihat, betapa ramainya orang yang dahulunya jahil agama tetapi dia telah berjaya mengubah diri dan kehidupannya. Tetapi ada juga yang tidak kekal lama. Kenapa? Kerana imannya mungkin tidak cukup kuat untuk menghadapi segala dugaan di dunia ini. Tahap keimanan seseorang itu tidak dapat dilihat dan diukur secara lahiriah semata-mata, kerana ianya berkait rapat dengan masalah AQIDAH serta KEYAKINAN seseorang itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang itu.
Saya pernah melihat orang-orang dari Indonesia di sebuah kilang. rambut berkarat + pakaian boleh tahan, tetapi mereka tak tinggal solat bila tiba waktunya. Kagum juga dengan mereka. Samada solat mereka diterima atau tak, itu urusan mereka dengan Tuhan. Sedangkan kita yang elok bertudung (bagi yang perempuan), yang menutup aurat (bagi lelaki dan perempuan) ini adakalanya solat 5 kali sehari pun tak lengkap. Layakkah kita untuk menilai orang lain? :)
Saya juga seperti insan-insan yang lain. Banyak melakukan dosa. Tetapi adakalanya apabila sesuatu terjadi pada diri kita, barulah kita tersedar yang kita telah tersalah langkah. Saya bersyukur kerana saya masih berpeluang untuk cuba mengubah diri saya. Semoga Allah tetapkan iman saya. Mohon dijauhkan hasutan syaitan laknatullah.
"Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui."
(Surah al-Baqarah, ayat 168-169)
Saya insan biasa yang sering melakukan khilaf. Seringkali kesilapan mengajar kita agar lebih berhati-hati supaya tidak mengundang masalah yang besar dalam hidup, namun adakalanya Tuhan lebih mengetahui segala-galanya dan ujiannya mempunyai isi yang tersirat dan mungkin ingin memberi petunjuk pada umatnya agar berubah. Saya masih muda dan kerap kali mencuba menjadi yang terbaik, namun kekhilafan serta darah muda sering menjadi punca masalah yang tidak diduga.
Layakkah saya berbicara soal agama? Pada saya, sesiapa yang beragama Islam semuanya layak berbicara soal agama. Tidak mengira tahap keimanan seseorang itu. Tetapi yang penting adalah nawaitu seseorang individu itu. Niat saya ikhlas kerana Allah, saya ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik demi masa depan saya sendiri di dunia dan di akhirat kelak. Dan saya pasti, anda juga seperti saya bukan? Jika ya, marilah kita ubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Jadikan kesilapan lampau kita sebagai satu pengajaran.
Untuk berhijrah menjadi yang lebih baik, kita perlu memiliki tahap kesabaran dan ketabahan hati yang tinggi. Ia tidak semudah yang disangka. Redha serta pasrah atas apa yang pernah berlaku pada diri kita. Buat permulaan mungkin ia sering mengganggu fikiran kita. Kita jadi rimas, tension dan sebagainya. Mengadulah pada Tuhan. Sujudlah pada-Nya. Nescaya hati kita akan tenang. Mohon perlindungan dari-Nya, sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Buatlah solat sunat hajat, tahajjud, dan sebagainya. Bacalah dan hayatilah kitab al-Quran. Dengan cara itu kita akan merasa sangat dekat dengan-Nya. Pastikan niat kita berhijrah kerana Allah, insyaAllah Allah bantu kita :)
"Ilmu adalah hak para ulama', tetapi dakwah ialah hak semua orang."
- Prof Dr Muhaya.
Saya cuma berkongsi sedikit ilmu yang saya miliki, bukan berniat untuk riak atau menunjuk-nunjuk. Muhasabah diri sendiri, berkongsi ilmu dan pengetahuan bagi memperbaiki diri sendiri. Mudah-mudahan turut memberi manfaat kepada kalian. Wallahua'lam.











1 comments:
SAlam..maaf ganggu.. awk ada contoh soalan final e5822 gelombang mikro x..klo ada mntk tlg email kpd sy muhd_farhin@yahoo.com ..
terima kasih..
Post a Comment