
kahwin?
haa.. di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada sahabat saya, Norsyafarah dan pasangannya
merangkap pensyarah saya, En. Mohd Affan
yang telah selamat diijabkabulkan pada 10 Februari 2012,
dan majlis resepsinya pula pada 11 Feb dan 19 Feb yang lalu.
kini mereka dalam mood honeymoon.
jeng..jeng..jeng..
orang kata menuntut ilmu biar sampai ke negeri China.
dan mereka memang memilih untuk 'menuntut ilmu' di sana.
haha.. sori2, gurau2 je. jangan marah ar, syafa ;D
macam la tak knai aku ni har.. hahaha :P
rakan se'study' nih utk 2 semester yg terakhir, walaupun lain kelas.
sem 5 aku mai umah hg..sem 6 hg plak mai umah aku.
hehehe.
saya doakan mereka berdua bahagia hingga ke syurga.
dan semoga hidup mereka mendapat barakah Illahi.
doa saya sentiasa mengiringi pasangan ini..
doa saya sentiasa mengiringi pasangan ini..
tumpang gembira juga buat pasangan ini :)
Baraka Allahu lakuma . Wa baraka alaykuma .
Wa jama'a baynakuma fiy khair.....
Allah berkati kamu berdua, dan berkati atas kamu berdua.
Dan menemukan kamu berdua dalam kebaikan....
saya tak berniat nak ubuh gambar mereka di sini.
boleh la mintak dari diorang sendiri. haha.
lagipon saya tak sempat bergambar dengan pengantin
masa menghadiri majlis resepsi sebelah pengantin perempuan tempohari..
sebab pengantin perempuan busy bebenor :D
pukul 2+ camtu kami balik, sebab nak kejar solat Zuhur sama.
okay, itu sahaja.
semoga berbahagia semua.
untuk hati2 yang terluka tu, nasihat saya..
dekat-dekatlah diri dengan Tuhan.
itu tandanya Tuhan masih memberikan kita peluang.
saya juga manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan.
selagi pintu taubat masih terbuka untuk kita, bertaubatlah.
saya bukanlah baik sangat..
tapi apa yang saya tulis ni untuk diri saya sendiri juga.
semoga hati kita sentiasa tenang dalam meneruskan kehidupan :)
ameen ya rabbal 'alameen.
Assalamualaikum WBT..











0 comments:
Post a Comment