Hi / Assalamualaikum WBT. This is my personal blog. Thank you for visiting this page and...
Enjoy reading my blog ^_^
RSS

Saturday, December 31, 2011

Rentetan Peristiwa Sepanjang 2011


assalamualaikum wbt / salam sejahtera..

hari ini semua pakat mengucapkan selamat tahun baru 2012 kan? perlu ker? haha. maaf lah, saya tak pernah sambut. ok, kita terus pada tajuk asal entry ni la kan.. entry ni saya tulis untuk merenung kembali memori-memori saya sepanjang 2011 ni.

awal 2011 (januari 2011) menyaksikan saya kembali semula ke 'zaman belajar' saya di politeknik selepas menjalani latihan industri selama 6 bulan. semester 5, perasaan takut tu mula timbul. + bila mula kena hadap buku balik, jadi macam lost.. macam tak pernah belajar apa-apa.

tahun 2011 juga menyaksikan 2 kali saya putus cinta dengan orang yang sama. haha. kali pertama bulan Mac. kali kedua ntah la bila sebenarnya, tapi officially bulan September. pedihnya hati ni Tuhan saja yang tahu. janji, cakap bagai.. tapi hapah pun takde. berbulan lamanya saya tanggung kesedihan ni bersendirian. kalau dia baca apa yang saya tulis ni mesti dia fikir, "buat apa aku nak jaga hati dia". tu la dia..orang laki ni kalau dah tak sayang, apa pun tak peduli dah kan? tak hirau apa dah. yang penting dia bahagia. tak fikir dah dia ada seksa hati orang lain. orang kalau dah tak nak tu, tak boleh ker settle cara baik? kenapa mesti seksa hati orang?

sebab perkara ni lar..saya serik bercinta. hati saya dah letih untuk kecewa. mungkin lebih baik terus hidup tanpa perasaan ini, daripada asyik terluka dan hampa. mungkin lebih baik terus berkawan walaupun kita suka seseorang itu, sekurang-kurangnya takde la putus silaturrahim kan. nanti kalau bercinta, hati saya pedih balik. lebih baik saya tak bercinta kan? letih la bila hati asyik menahan kesedihan dan kepedihan nih, orang tak peduli pun kat kita.

pertengahan 2011. result semester 5 pun keluar. seriously, walaupun tak dapat nak fokus time blaja dan study di musim peperiksaan. alhamdulillah masalah peribadi yang saya sedang lalui tak begitu mempengaruhi keputusan peperiksaan saya. tetapi sebaliknya untuk semester 6. ianya agak mempengaruhi keputusan peperiksaan saya. saya tak hairan keputusan saya jatuh merudum, sebab saya memang boleh dikatakan tak study langsung untuk final paper. macam-macam cara saya cuba untuk memenuhkan ilmu di dada, tapi tak berdaya. alhamdulillah..walaupun ia mempengaruhi keputusan peperiksaan saya, tapi taklah begitu merudum sangat prestasi saya masa semester 6 tu. cuma masa proses P&P berjalan, memang nampak sangatlah saya tak boleh nak fokus lagi dah.

dipendekkan cerita, 2011 hidup saya penuh dengan rasa sedih. sedih yang berpanjangan. walaupun begitu, semenjak tamat pengajian. saya mula temui kebahagiaan saya. nak kata bahagia sangat tu, taklah jugak. tapi takda la nak sedih bagai kan. tamat saja peperiksaan, saya ke Shah Alam selama 2 minggu untuk menghadiri kursus AutoCAD 2011 Certified Associate. team autocad puo memang sempoi habis. best sangat2. hari sebelum kami berangkat pulang, kami keluar beramai-ramai..main bowling, makan malam. walaupun tak semua orang, memang fun sangat dapat kenal & hang out dengan korang. daripada sebelum ni tak kenal, dah kenal. daripada tak rapat, jadi rapat. lulus pun sama-sama. sampaikan rasa sedih nak berpisah dengan korang semua.

n kitorang pun tak sangka jugak, lepas exam autocad tu kami di'offer' satu lagi kursus di Genting Highlands pada 23 - 25 Disember 2011. sehari sebelum kami exam untuk dapatkan sijil autocad tu barulah kami dimaklumkan. tapi sayang..daripada 29 orang yang terpilih, 19 orang je yang menghadirkan diri. walaupun 19 orang je, seronok sangat aktiviti-aktiviti yang telah diaturkan buat kami di sana.

saya akui. first time join jungle-trekking saya tak menghadapi sebarang masalah / kecederaan. ingat zaman sekolah dulu, asyik cramp je kaki nih. apa tidaknya, exercise tidak minum susu pun tidak. tapi kali ni saya dah tau apa yang perlu saya lakukan. masa semester 6, ada jugak la saya jogging 4,5 kali di padang polo tu. banyak kali jugak saya jogging bersendirian. memang sakit kaki sebab dah lama tak exercise kan..tapi takpe. saya makin bersemangat nak exercise. cuma beberapa hari sebelum berangkat pergi ke Genting haritu, kaki saya tiba-tiba cramp balik. cepat-cepat saya amalkan minum susu Anlene yang remaja punya tu, yang perisa koko. nasib baik la saya takde masalah nak hirup susu tepung. ada orang alah.

pengalaman di genting memang tak dapat dilupakan. dah la first time ke sana. plan saya dgn rakan-rakan asalnya nak ke cameron highlands, tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. tak sangka pulak dapat rezeki ke genting kan :).. hehe. suke :p. ditanggung sepenuhnya pulak tuh. 

first day dah jungle-trekking, nak pulak baru lepas hujan..lecah bagai la dalam hutan tu. ada member 4 kali terjatuh dalam hutan tu, perghhh. masa diorang turun ke air terjun, saya tak join sebab teman member tu balik awal. kesian pulak dia sorang-sorang dengan abg tu kan. dah nak maghrib pulak tu. malam tu masuk hutan gak lagi. memang perghhh lah!! first time kot saya masuk dalam hutan time malam2 gitu. sebelum ni join kem skolah pun saya tak pernah masuk tau. biasa la, masalah perempuan. time g kem je masalah tu datang. hehe. tapi kali ni ok la.. mula2 masuk hutan tu bawak lilin, sampai kat 'pit-stop' tu kena tutup mata pulak. jalan la ikut tali (pastikan tali di sebelah kiri). pastu kena kacau pulak, orang buat bunyi hantu. sengal je. siap ada password = 'K-POP'. haha. sebut je password, semua kena duduk kat 1 tempat. memang hampeh la rupa2nya semua duduk dekat2 je.

sebelum masuk hutan tu memang seram, sebab si toya tunjuk gambar 'sesuatu' masa diorang bergambar sementara tunggu shuttle bus lepas maghrib haritu. dah la rumah yang kami duduk tu rasa mcm semacam je kan. hari sabtu punya program lagi best. ada rope course. perghh, memang mencabar. terutama 12ft climbing. maka terpaksa la izinkan yang laki-laki ni pegang tangan saya kan. tapi member yang sorang tu awal-awal lagi mintak izin dari saya, mintak maaf awal-awal. takpelah, nak buat mcmana..terpaksa jugak join. paling best malam hari sabtu. main dalam swimming pool time hujan + kabul tebal pukul 1 pagi.. perghhh, sejuk doe! sebelum tu dah la masuk hutan dulu. mak haihh.. nasib baik la group saya ('Pasti Menang') menang untuk game dalam swimming pool tu kan, rasa berbaloi la. balik je rumah kan, saya pergi la mandi balik dalam toilet tu.. wah2, 'terasa' kot dalam toilet tu! masa tu jam dekat 2 pagi dah. dah la henpaun tertinggal dalam beg budak laki. urghh.

hari terakhir tu (ahad) - 25 Disember. kitorg ade treasure hunt waktu pagi. memang best, tapi kena berendam lagi la dalam swimming pool. nasib baik la stock pakaian cukup. dgn kaki kami yg sakit bagai, kena turun naik bukit yg curam pulak lagi time tu, perghhh... puasnya rasa! walaupun group saya kalah untuk treasure hunt, tapi kami menang untuk keseluruhan game! kami muncul juara! yeehaa~ first time jugak buat saye.. hehehe. bestnye. petang tu plak baru la kami berpeluang naik genting. memang best sangat. sume pihak consultant support. masuk theme park pihak consultant support. best main sama2, enjoy sama2, jerit sama2. daripada tak pandai jerit, terus pandai jerit. main go-kart langgar keta org, org langgar keta saya. haha, best woo. makan pun depa support. jadi la makan 2 ketul ayam marrybrown. ape ingat murah ker kat genting tuh? tengok KFC pun sampai rm55.50. pergh! malam tu pukul 10 baru kami keluar dari theme park. 11+ baru kami gerak balik dari genting. sampai ipoh jam 4 pagi. nasib baik la ada member kat ipoh tu, kalau tak...kena tidur kat poli dulu la gamaknye :-|

amat berterima kasih kepada pihak spektrum IT, politeknik ungku omar, dan rakan2 yang sudi menceriakan hati & hari-hari terakhir saya di penghujung 2011. semoga kita ketemu lagi di masa akan datang. insyaAllah.. saya ingin menyahut cabaran pihak consultant untuk berjaya dalam masa 10 tahun akan datang. saya mahu lupakan segala kesedihan, dengan bantuan-Nya. saya ada 'goal' saya sendiri, dan saya mahukan 'goal' saya tu menjadi kenyataan. saya anggap kesedihan saya pada 2011 menguatkan lagi semangat saya untuk berjaya di masa akan datang dan tidak lagi menoleh ke belakang. terima kasih semua! ^_^


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, December 29, 2011

Dukacita....





tu dia... DUKACITA, PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA.
sedihkah saya? gembirakah saya?
hanya Tuhan saja yang boleh tafsirkan perasaan sebenar saya.
sebenarnya saya memang dah jangka tak dapat.
tapi atas faktor2 tertentu, ada kemungkinan juga saya boleh dapat.

sebenarnya saya lebih risau kalau saya diterima masuk ke UTHM dalam waktu ini.
kenapa?
perkara yang paling utama adalah berkenaan dgn 'course' yang ditawarkan.
saya hanya mempunyai 3 pilihan, iaitu :
1) Mikroelektronik
2) Elektronik (Perubatan)
3) Elektrik (Kuasa)
ketiga-tiganya bukan 'course' pilihan saya. dan ianya 'lari' dari pengkhususan saya.

yang kedua adalah faktor masa.
saya fikir saya perlu berehat seketika sebelum menyambung semula pengajian.
benar..orang kata jangan buang masa.
tapi saya sudah 3 1/2 tahun belajar.. adakalanya saya rasa penat dan takde mood.
so saya fikir saya perlukan masa untuk mengembalikan mood study saya.

yang ketiga adalah faktor kewangan.
saya menanggung hutang hampir puluhan ribu.
sekiranya saya meneruskan pengajian dalam tempoh terdekat ini, saya berkemungkinan akan menanggung hutang hampir rm50,000.

yang keempat..saya fikir saya mahu berdikari, cuba untuk mendapatkan kerja.
bila saya kata saya mahu kerja..tak bermakna saya mahu kerja terus, tak sambung blaja.
tidak...
saya plan nak kerja antara 4-6 bulan sahaja..
memang, orang kata kalau dah start kerja tu..bila dah dapat duit..memang dah malas nak sambung blaja balik..
mungkin ada benarnya..
tapi saya dah bertekad..saya berjanji pada diri sendiri. tolonglah izinkan saya mencari ilmu, pengalaman, dan mengaplikasikan ilmu yang saya ada dalam tempoh tak sampai 9 bulan ini.. tolonglah.. saya berjanji pada diri saya sendiri, saya akan apply kemasukan ke IPTA untuk pengambilan bulan September 2012. saya perlukan pengalaman menghadiri temuduga kerja, pengalaman bekerja. latihan industri yang pernah saya jalani tak banyak membantu saya. berilah peluang kepada saya untuk bantu diri saya sendiri.. ini saja permintaan saya buat masa ini.

saya memang mengharapkan permohonan saya gagal.
tetapi pagi ini saya berfikir..
andai ditakdirkan saya diterima masuk, mungkin inilah jalan yang terbaik buat saya.
andai ditakdirkan saya diterima masuk, saya pasti perlu menerimanya sebagai qada' & qadar tuhan.
tiap orang ada rezeki dia masing-masing..

tetapi sebaik saja keputusan keluar, alhamdulillah..
Tuhan Maha Mendengar..dan saya amat pasti, rezeki saya bukan di situ buat masa ini.
saya kini sedang menunggu permohonan kemasukan ke UiTM.
entah bila boleh semak..
andai permohonan saya berjaya, saya akan terima dengan hati yang terbuka.
begitu juga sebaliknya..kerana rezeki ada di mana-mana.
cuma kita yang harus berusaha mencari jalan, bukan hanya duduk di rumah tidak berbuat apa2.
:)

sekian.



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, December 27, 2011

event terakhir 2011


bapak best kowt dapat g genting dgn Team AutoCAD PUO !
kursus 3 hari 2 malam di Genting Highlands adalah yang terbaikkkkkk.. !!
saya happy sangat2..
at least dapat lupakan masalah2 walaupun xlama mana.. :)

ini adalah 'kursus motivasi' terfun & terenjoy skali yg pernah saya join..
trima kasih pada team Spektrum IT yg sudi 'support' kitorg
makan & masuk theme park..
really have fun..
enjoy sgt2..!
thanx..





bermulanya pertemuan kami..
di Politeknik Shah Alam..
'struggle' dgn hidup, selama 2 minggu.. bersama-sama. haha :p

kemudian........

daripada 60+ org, hanya 29 org yg terpilih utk ke genting..
dan drpd 29 org yg terpilih, hanya 19 org yg menghadirkan diri..
ruginya korg yg 10 org tu tarik diri last minute..
sengal je korg percaye bulat2 jadual yg diberi..
relax lah.. aktiviti2 yg mmg ade dlm jadual tu pon mmg best gile !
mencabar derr...


jungle-trekking lpas hujan (mmg mncabar gle!), berendam dlm
swimming pool tgh mlm time hujan + kabus yg tebal, flying-fox, abseiling,
12ft wall climbing, spider web, treasure hunt, msuk hutan tgh2 mlm..
perghh, mmg best !!

saya sudah mula jatuh cinta dgn ROPE COURSE ! ;-)




n hari ahad (juga merupakan hari krismas)..
kitorg ke theme park..
dlm jadual ikut lebih kurg pkul 10mlm dh smpai ipoh..
tapi pukul 11+ baru kitorang gerak dr genting..
ahahaaa.. best der.. menjerit same2. gurau same2..
xleh lupa lah!!~ :D
at last sampai ipoh pukul 4pg..
pergh..nasib baik ade mmber kat ipoh tu!


smpai umah sewa dia, xtrus tido..
share story dlu.. haha.
pkul 5+ baru la tido..
tapi xlena, sbb batuk teruk =(...
tp pape pon subuh tetap terlepas jugak..adeh.
ampunkan hamba-Mu ini kerana xsengaja..
pkul 11+ baru la sedarkan diri balik..tp mmg ngantuk gile.
n ptg td qada' tidor 4-5 jam.. haha! :p


best gila..rindu geng autocad nih..
kalau boleh nak adakan 1 event lg utk kita semua :)..

apa2 pun..
saya ingin menyahut cabaran team spektrum utk berjaya dalam
masa 10 tahun akan datang !


dan esok adalah hari penentuan saye..
esok keputusan permohonan ke UTHM boleh disemak..
kalau dapat pun.. adakah ia berita gembira buat saya?
tunggu je la apa akan jadi dgn masa depan saya..
terpaksa ingat balik masalah ni.. =( =(

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, December 20, 2011

kursus lagi....


Kursus : Motivasi Kecemerlangan Diri Ke Arah Menempuh Alam Pekerjaan
Tarikh : 23 Disember 2011 - 25 Disember 2011
Tempat : Genting View Resort

perghh.. 1st impression.
'kursus' lagi ker??
haha..
rasa bosan bila asyik berkursus xhabis2 :p..
tapi xpelah..
bila baca ayat : "sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari 
telah TERPILIH untuk menghadiri kursus ini", terus ok balik. haha !

sebenarnya kursus ini hanya untuk 25 orang pelajar yang telah
mengikuti kursus autocad 2011 certified associate tempohari.
dan 25 orang yang terpilih sebenarnya adalah dalam kalangan pelajar
yang mendapat markah tertinggi masa exam Autodesk Certified Associate.
tapi oleh kerana terlalu ramai yang pass exam haritu,
maka kuotanya ditambah menjadi 29 orang =).

terima kasih PUO dan pihak Spektrum ! ;-)

apa2 pun, tak sabar nak berFLYING-FOX & berJUNGLE-TREKKING.
yeehuuuu!~

harap2 sumenye berjalan lancar..
semoga kami semua selamat dalam perjalanan pergi & pulang.
amin yarabbal 'alamin... =)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, December 17, 2011

high blood pressure


assalamualaikum...
urghh... maaf, hari ni masih tak berapa sihat.
ini hari ke-5 saya demam..
dan dah 3 hari pening macamni..
hari ni makin teruk.

so pagi tadi mak hantar saya ke klinik.
encik doc check blood pressure saya.
umph, padan la pon !
130/80..
saya rasa ni 1st time naik 130/80.
mungkin bkn berada dlm kategori 'btul2' hipertensi.
tapi ini pertama kali buat saya.

sebelum ni check pon biasanya 108,109 or 110/80.
tapi kali ni 130/80.
mmg saya demam. tapi saya ngaku dlm masa yg sama jugak,
saya tension/stress.

walau apa pun..
saya harap saya dapat lupakan apa yang saya fikirkan..
yg merupakan punca saya masih pening2 mcmni..
susah nak tidor..
bangun2 dari tidor rasa sakit mcmni..

setiap kali lepas menunaikan solat, saya mohon
agar dijauhkan fikiran ini dari mengingatinya..
dan saya amat berharap doa saya dimakbulkan-Nya.

harap saya dapat lupakan dia..
sebab saya tau.. dia tak ingat pun kat saya.
tak berbaloi kalau saya sakit sebab dia !

sudah la tu..
saya dah tak larat..
saya nak lupakan dia betul2..
tak maw tiba2 teringat balik.. mcm skrg..
bantulah hamba-Mu ini, ya Allah... =(

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, December 15, 2011

result

*entry ini mungkin akan menyebabkan awak rasa makin
menyampah dengan apa yang saya tulis. haha*

pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan pengajian saya selama 3 tahun ini. doa ini tak pernah saya lupa setiap kali selepas menunaikan solat =)

sebenarnya..
di penghujung 2011 ini, banyak perkara yang menggembirakan hati saya.
semuanya hadir tak henti-henti..
walaupun sedih tu tetap wujud, sedaya upaya saya tolak ke tepi.
orang kata JANGAN BIARKAN EMOSI KAWAL DIRI KITA.

===================================================
cuma saya nak selit sikit lah..
saya pernah tulis yang saya akan sayangkan dia sampai bila2.
walaupun saya kata sekarang saya ada life saya sendiri..
walaupun saya mungkin tau siapa orang dalam hidup dia selepas saya..
sebagai manusia, saya tak boleh tipu diri sendiri.
dia adalah sejarah. tapi saya tak boleh elak perasaan yang 1 ni..
saya tak boleh paksa diri saya. makin dipaksa, makin sakit saya rasakan.
saya percaya benda ni akan makan masa yang lama.
kecuali kalau tiba2 muncul seseorang yang berjaya mencuri hati saya..
tapi maaf, saya tak lagi mampu beri kepercayaan pada sesiapa..

cumanya..saya nak cakap..perasaan sayang ni kan..
lambat-laun akan berubah..
walaupun saya kata saya masih sayangkan dia..
tapi kami tak mungkin bersama...
n sayang tu pun dah berubah jadi sayang
kpd seorg teman biasa je sebenarnya..
saya tak bohong.. saya tak tipu sesiapa..
(maaf..saya tak hipokrit dlm hal nih)
memang betul ianya dah berubah sejak saya koyak gambarnya
di pdg ipoh bulan lepas.

tak percaya ar?
mamat yang mula2 menapak dalam hati ni deactivate
fb dia pun saya tak sedar tau.
baru smalam perasan. haha.
lantak dia lah.
stopp!!
===================================================

entry ni pasal result sebenarnya.. tapi dah melalut tang lain pulak..
tu la orang kata jangan biarkan emosi kawal diri kita..!

1 hari..sorang member ni tegur saya..
"yana, aku tgk hang xde la study hard sangat pun.
tapi pointer hang tinggi camtu jugak."
perghh..perli ka weh? haha..
takdala..saya anggap tu sume rezeki je..
saya tak pernah expect untuk dapat lebih dari apa yang saya target..
sejak semester 5..

saya akui..saya kurang study..
dan teramat kurangnya adalah semester 6 ni lah..
ketara sangat2..

kenapa benda ni berlaku?
saya tak tau sebab ianya di luar kawalan saya.
tapi apa yang pasti, saya putus cinta. haha.
saya GAGAL.. haha.
[ 'haha' tu cuma nak cover pedih di hati je :) ]

samelah jugak bila member saya bertanyakan soalan macamtu.
ianya berada di luar kawalan saya.
saya tak boleh nak study..
sebab fikiran saya kusut, memang terganggu.
tapi sem 5 saya boleh jawab lagi..mungkin sebab saya percaya
yang masih ada ruang untuk saya di hati dia..

sem 6? langsung ke laut !!
betul..blank habis.. tak bleh nak jawab =(
sume lupe =(
study pun tak ingat banyak pon =(..
boleh imagine tak kalau awak berada di tempat saya masa tu?
hancur luluh hati ni.
buat pertama kalinya, saya rasa nak dapatkan B+ pon seksa!
saya tak tau nak buat macamana..
dapat pulak lecturer yang memang takda kompromi punya.aduhh~
so, saya berserah.. (saya guna 'so', saya tak hipokrit..lalala~)

saya cuba jawab ape yang saya mampu.
selebihnya saya serahkan pada pensyarah2 saya untuk
menanda kertas jawapan saya.
nak buat macamana..kalau dah itu rezeki saya.
harapan saya cuma HPNM saya kekal atas 3.5..itu je, saya tak mintak lebih.

walaupun saya putus cinta...
saya teringat seorang senior saya pernah bercerita kpd saya..
kebetulan masa dia sem 6, dia pun putus cinta..
tapi pointer dia masa sem 6 tu maintain..3.63.
saya cakap dalam hati, "she's so strong"
(speaking jap..kate nk minx kje..haha)
dia pernah cakap pada saya,
"kita ni..walaupun putus cinta..kita kena kuat..
biar dia nampak kita boleh hidup tanpa dia.
kita boleh buat yang terbaik untuk diri kita walaupun
kita baru je clash ngan dia."

tapi saya tak sekuat dia..
maksud saya..saya tak mampu study macam dia...
u know wut.. paper diagnosis hari selasa 11:15 pg..
malam tu dgn slumbernya saya tengok bola sampai 11 malam.
sedangkan 1 hapah pun xbaca lagi..
n bape banyak sangat la ilmu yang masuk dalam paler otak lepas tuh.
mana la saya tak terkejut kaw2 bila tengok result 
untuk paper Diagnosis kat bawah ni.... : 




TARGET SEBELUM FINAL EXAM BERMULA :
Matematik 5 - A-
Komunikasi Data - B+
Rekabentuk Litar Bersepadu - B+
Diagnosis - B

TARGET SELEPAS FINAL EXAM :
Matematik 5 - B+
Komunikasi Data - B
Rekabentuk Litar Bersepadu - B
Diagnosis - B-

sumenye capai target, kecuali diagnosis!
tu la sebab saya kata..
benda ni di luar kawalan saya..
rezeki Allah nak bagi.
baik tinggi atau rendah, terima je seadanya..

ce bace balik ape yang saya tulis kat atas tu..
malam sblm paper tu bleh plak buat gila..tengok bola..
final malaysia-indon. puas hati mmg puas. tapi hapah pon xstudy lg.

i never expect better lah sem 6 ni..
i'm not that good..i'm a bit stress this sem.
a lot of trouble.. tapi................
'aku tetap aku' haha!

apa2 pun...special thanks to my institute..
for my 3-and-a-half-year..
bagi peluang pada saya untuk 'merantau'..
bermula dari Gerik (sem 2) -4 hari 3 malam-,..
sem 5 ke Bangi -6 hari 5 malam-..
dan baru2 ini ke Shah Alam selama 2 minggu.
alhamdulillah, lulus dgn cemerlang dlm exam AutoCAD 2011.
berjaya memiliki segulung sijil AutoCAD.. ;-).
dan perjalanan belum berhenti di sini..
sebab, alhamdulillah..ada hadiahnya pula!
ke Genting Highlands 3 hari 2 malam.. ;-)
23/12 - 25/12 nih.. 
time perayaan krismas tuh, berapa byk la duit habis kat situ ye :)

elok terpaksa cancel plan holiday kat cameron bersama rakan2..
dapat rezeki ke Genting plak, dan ditanggung sepenuhnya pihak politeknik..
syukur.. terima kasih tak terhingga..
lagipun, memang tak pernah ke sana pun lagi =)

cuma terkilan.. sebab 24hb tu saya ada 4 kenduri..
2 kahwin, 2 tunang..
2 org mmber, 2 org sdare.
haha. wuteva lah.
janji kenduri kawen saya nanti datang ye.. haha.
bai !

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, December 11, 2011

Eren - Takkan Pisah


* lirik lagu ini ditujukan khas buat BAKAL SUAMI..
walaupun saya sendiri tak tau siapakah orangnya.. haha 
sweet sangat =) *

sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu tak meridhoi
dengan apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

reff :
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau

* repeat reff



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, December 07, 2011

Shah Alam


assalamualaikum..
hai...
dah lama tak berblogging..

sekarang saya berada di Shah Alam menghadiri kursus AutoCAD
selama 2 minggu..
ermm, tinggal 3-4 hari saja saya di sini..
i-city dah pegi..ntah ke mane lg ntah.. haha.
bosan sebenarnya, + xda teman hidup ni kan..
paham2 je la cmne keadaannya.. =)
untung tumpang keta mmber, xnaik bas..
hehe..

esok ada exam utk dapatkan sijil kemahiran autocad nih.
wish me luck. bye ^_^

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS