Hi / Assalamualaikum WBT. This is my personal blog. Thank you for visiting this page and...
Enjoy reading my blog ^_^
RSS

Sunday, December 19, 2010

Selamat Pengantin Baru :)


assalamualaikum.
pada 18 Disember 2010 yang lalu.
telah berlangsungnya satu majlis pernikahan.
di Taman Mutiara, Ipoh, Perak..

di antara Hanis, abang saya yang no. 5..
juga dengan Kak Adabiah..

alhamdulillah..
majlis berjalan dengan lancar selepas
majlis pertunangan berlangsung tidak sampai 24 jam.


Tahniah & Selamat Pengantin Baru diucapkan.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.
Amin..
:)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, December 05, 2010

new semester..new timetable..new module..



PC : Programming II
KI : Keselamatan Industri
MK : Matematik Kejuruteraan IV
MP : Mikropemproses & Pengawal Mikro
BI : Bahasa Inggeris IV
SKA : Sistem Komputer & Aplikasi
PLC : Programmable Logic Controller
PJ : Projek
* PPK : Perjumpaan Penasihat Akademik Kelas

NOTA :
- 1 jam bagi setiap modul..
- ruang yang di'highlight'kan kuning & oren = lab time.
- rehat pada jam 10:00 pagi.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perginya Fatin Aisyah..


Assalamualaikum w.b.t..
Selamat pagi..

Pagi ini saya telah dikejutkan dengan berita
pemergian Fatin Aisyah, rakan sekolah saya suatu ketika dahulu.

Saya difahamkan allahyarham meninggal dunia
akibat penyakit TB (batuk kering).

terima kasih kepada rakan saya, Nor Emiliana
yang sering memaklumkan berita-berita sebegini
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

perginya allahyarham ke rahmatullah merupakan
kali kedua selepas pemergian rakan sebaya,
Khairul Zakirin (juga merupakan saudara saya)
4 Oktober 2010 yang lalu.

rakan-rakan..
sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham.
semoga rohnya dicucuri rahmat..
salam takziah buat keluarganya.

Al-Fatihah......

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, December 04, 2010

bila harga naik.. [bila rakyat mengeluh..]



"RAKYAT DIDUNGUKAN. RASUAH DIUTAMAKAN"
1ROSMAH..! hahahaha...


aduhai.....
living cost makin tinggi.. gaji tak naik2..
aku pulak belum kerja.
habis belajar hutang keliling pinggang.
nak kerja pun, bape sgt bayaran?
haiyoo..

loan KPTM = RM4500
loan PTPTN = RM1250
loan Kerajaan Negeri = RM12 500
penink kepala aku!
ni baru diploma, belum sambung degree lagi !
aku tak mampu dow..
kalau mampu, aku pun tak hingin nak berhutang!

hai..
orang2 atas tu xpernah nak cukup dgn duit yg diorang dapat..
menyusahkan rakyat2 jelata plak..
diorg je nak hidup senang, rakyat terkontang-kanting mencari
sumber rezeki yang HALAL..
tanpa menggunakan 'khidmat' - r.a.s.u.a.h -

hujah2 biasa yg kita slalu dengar :

-kite patut bersyukur negara aman
-5sen apeee la sgt
-beli rokok 10ringgt bole plak
-gali telaga minyak sendiri
-dunia sentiasa berputar
-kawen dgn anak tokey minyak
-naik beca,naik basikal,kurangkan gula,jage kesihatan


[aman ker kite ni? skrg 1 sen pun berharga tau. sume org merokok ker?]
paham2 je la..bila harga minyak naik, 'sure' harga barang lain naik!

pernahkah mereka berfikir.......
macamana rakyat ni nak 'survive' dalam hidup?
kes rompakan hingga sanggup membunuh bermaharajalela?
diorang je la yang pentingkan diri sendiri..
diorang selamat...
ada diorang kesah pasal kita??
fikir-fikirkan..renung-renungkan...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, December 02, 2010

semester baru..


Assalamualaikum W.B.T...

hari ini sudah 2 Disember 2010.
ini menandakan tahun 2010 akan berakhir.
pantasnya masa berlalu.
gunakan masa & kesempatan yang ada sebaiknya.
kerana 2010 tak akan muncul kembali di masa hadapan.

1 Disember 2010 :
hari ini saya mendaftar semula sebagai pelajar Politeknik Ungku Omar
jurusan Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
semester yang ke-5.

ini bermakna saya masih mempunyai masa selama
1 tahun untuk berada di sini.
semester 5. tak bermakna saya seorang 'S.E.N.I.O.R'..

saya adalah diri saya.
ke manapun kita pergi, orang sering perhatikan diri kita.
sungguhpun kita bukanlah seorang yang menarik.
sehinggakan orang boleh tertarik.

ada orang kata, biarlah apa orang nak kata.
mungkin benar kata-kata itu.
tapi kita kenalah jaga maruah diri kita.

apa guna dah lama hidup di politeknik, tapi perangai
masih lagi macam kanak-kanak.
nama pun kanak-kanak, sah tak matang!

======================================================

jadual kelas dah pun dapat.
alhamdulillah, jadual tak 'pack' sangat.
tak macam pelajar integrasi, sebab ada beberapa kursus
yang mereka belum ambil.
semoga berjaya kepada rakan-rakan integrasi
(PTK dan juga PKE)

memanglah jadual yang ada tak dapat penuhi semua
permintaan saya dan juga pelajar-pelajar yang lain.
kita semua tak sempurna.
jadi, terimalah jadual yang telah ditetapkan seadanya.
bersyukurlah..

berkenaan dengan M.U.E.T..
insyaAllah saya akan mendaftar pada semester ini.
gerun memang ada.
Bahasa Inggeris A hanya sekadar di kertas.
tapi saya akui kelemahan saya.
saya kurang berkebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
dengan jadual yang telah disediakan,
insyaAllah kelas MUET boleh dihadiri dengan jayanya.
:D :D :D

akhir kata..
selamat maju jaya.
selamat menjalankan tugas kepada semua.
sebagai pelajar, sebagai tenaga pengajar dan segala-galanya.



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS