Hi / Assalamualaikum WBT. This is my personal blog. Thank you for visiting this page and...
Enjoy reading my blog ^_^
RSS

Monday, February 27, 2012

Solat Dhuha




Pernahkah anda menunaikan solat sunat dhuha? :)
Saya yakin setiap dari kita pernah melakukannya. Sekiranya belum pernah, laksanakanlah kerana ia adalah solat "pembuka rezeki" bagi kita.

Solat ini boleh dikerjakan pada waktu pagi, iaitu ketika kita sedang sibuk dengan urusan dunia.


Rasulullah S.A.W bersabda :

" Siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu seluas lautan. "

" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat. "


Firman Allah S.W.T dalam hadith Qudsi : 

" Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. "
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


Solat Dhuha dikerjakan sebanyak 2 rakaat (maksima 12 rakaat). Niat haruslah IKHLAS kerana Allah, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak. Ia adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T..


Selesai solat, hendaklah dibaca tasbih ini sebanyak 10 kali :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

" Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah. "


Tafsir surah ad-Dhuha :

" Dan sesungguhnya kesusahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati). Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan? Dan didapatinya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu al-Quran)? "

(ad-Dhuha : ayat 4 - 7)


Doa solat Dhuha :


Allahumma innad dhuha-a dhuha-uka, wal baha-a baha-uka, wal jamala jamaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrota qudrotuka, wal 'ismata 'ismatuka.

Allahumma in kana rizqi fis sama-i fa-anzilhu, wa in kana fil ardhi fa akhrijhu, wa in kana mu’assiro fa yassirhu, wa in kana haroman fathohhirhu, wa in kana ba’idan faqorribhu,

bihaqqi dhuha-ika, wa baha-ika, wa jamalika, wa quwwatika, wa qudrotika, aatini ma atayta min 'ibadakas solihin.


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu.
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu.
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu.
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh


P/S : terima kasih UNIC kerana mempermudahkan saya menghafal doa dhuha :). Anda boleh men'download' Doa Dhuha itu dengan cara klik pada nama dan tajuk lagu di atas. kemudian pada ruangan 'SKIP ADS', right-click dan pilih Copy Link Address. Pastekan pada Address Bar dan tekan Enter.




Sesungguhnya ilmu itu datangnya daripada Allah, dan saya hanya menyampaikan sahaja.
Wallahua'lam.




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, February 23, 2012

Perginya Faris....







Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Anak yang berusia 6 tahun ini telah pergi meninggalkan dunia pada pagi ini.
Anak ini telah disahkan menghidap HLH (Haemophagocytic LymphoHistiocytosis) atau dengan kata lainnya Barah Darah. Anak ini telah dimasukkan ke hospital sejak 1 Februari 2012 yang lalu setelah terkena sawan otak.


Dikhabarkan anak ini terpaksa mengambil air tulang sum-sum demi berusaha untuk melihat Faris sihat. Anak ini hanya berusia 6 tahun, tetapi fizikalnya seperti kanak-kanak yang berusia 2-3 tahun sahaja. Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah buat anak ini. Al-Fatihah.....

P/S : turut sebak. ayah kepada anak ini adalah sepupu kepada abang ipar saya. semoga tabah menghadapi ujian ini.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, February 22, 2012

Hijrah





Biar nafas menjadi lelah..
Ku pasti hijrah kerana Allah..
Biar kakiku terasa lemah..
Menyusuri kekasih-Mu ya Allah..


Hijrah mempunyai 2 maksud, iaitu :
i) Dari sudut fizikalnya, berpindah dari satu negeri ke negeri yang lain.
ii) Dari sudut hatinya pula, berpindah dari hati yang kotor kepada hati yang lebih bersih. dari free hair kepada bertudung. dari tidak solat kepada menunaikan solat. dari seorang yang tidak redha dengan ketentuan-Nya kepada seorang yang redha serta tabah hatinya. 

Setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Cuba lihat, betapa ramainya orang yang dahulunya jahil agama tetapi dia telah berjaya mengubah diri dan kehidupannya. Tetapi ada juga yang tidak kekal lama. Kenapa? Kerana imannya mungkin tidak cukup kuat untuk menghadapi segala dugaan di dunia ini. Tahap keimanan seseorang itu tidak dapat dilihat dan diukur secara lahiriah semata-mata, kerana ianya berkait rapat dengan masalah AQIDAH serta KEYAKINAN seseorang itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang itu.

Saya pernah melihat orang-orang dari Indonesia di sebuah kilang. rambut berkarat + pakaian boleh tahan, tetapi mereka tak tinggal solat bila tiba waktunya. Kagum juga dengan mereka. Samada solat mereka diterima atau tak, itu urusan mereka dengan Tuhan. Sedangkan kita yang elok bertudung (bagi yang perempuan), yang menutup aurat (bagi lelaki dan perempuan) ini adakalanya solat 5 kali sehari pun tak lengkap. Layakkah kita untuk menilai orang lain? :)

Saya juga seperti insan-insan yang lain. Banyak melakukan dosa. Tetapi adakalanya apabila sesuatu terjadi pada diri kita, barulah kita tersedar yang kita telah tersalah langkah. Saya bersyukur kerana saya masih berpeluang untuk cuba mengubah diri saya. Semoga Allah tetapkan iman saya. Mohon dijauhkan hasutan syaitan laknatullah.


"Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui."

(Surah al-Baqarah, ayat 168-169)


Saya insan biasa yang sering melakukan khilaf. Seringkali kesilapan mengajar kita agar lebih berhati-hati supaya tidak mengundang masalah yang besar dalam hidup, namun adakalanya Tuhan lebih mengetahui segala-galanya dan ujiannya mempunyai isi yang tersirat dan mungkin ingin memberi petunjuk pada umatnya agar berubah. Saya masih muda dan kerap kali mencuba menjadi yang terbaik, namun kekhilafan serta darah muda sering menjadi punca masalah yang tidak diduga.

Layakkah saya berbicara soal agama? Pada saya, sesiapa yang beragama Islam semuanya layak berbicara soal agama. Tidak mengira tahap keimanan seseorang itu. Tetapi yang penting adalah nawaitu seseorang individu itu. Niat saya ikhlas kerana Allah, saya ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik demi masa depan saya sendiri di dunia dan di akhirat kelak. Dan saya pasti, anda juga seperti saya bukan? Jika ya, marilah kita ubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Jadikan kesilapan lampau kita sebagai satu pengajaran.

Untuk berhijrah menjadi yang lebih baik, kita perlu memiliki tahap kesabaran dan ketabahan hati yang tinggi. Ia tidak semudah yang disangka. Redha serta pasrah atas apa yang pernah berlaku pada diri kita. Buat permulaan mungkin ia sering mengganggu fikiran kita. Kita jadi rimas, tension dan sebagainya. Mengadulah pada Tuhan. Sujudlah pada-Nya. Nescaya hati kita akan tenang. Mohon perlindungan dari-Nya, sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Buatlah solat sunat hajat, tahajjud, dan sebagainya. Bacalah dan hayatilah kitab al-Quran. Dengan cara itu kita akan merasa sangat dekat dengan-Nya. Pastikan niat kita berhijrah kerana Allah, insyaAllah Allah bantu kita :)


"Ilmu adalah hak para ulama', tetapi dakwah ialah hak semua orang." 
- Prof Dr Muhaya.


Saya cuma berkongsi sedikit ilmu yang saya miliki, bukan berniat untuk riak atau menunjuk-nunjuk. Muhasabah diri sendiri, berkongsi ilmu dan pengetahuan bagi memperbaiki diri sendiri. Mudah-mudahan turut memberi manfaat kepada kalian. Wallahua'lam.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS